http://aimeyz.tripod.com Tokoh SMSTSSS
Tuan Yang Terutama, Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang
Tuan Yang Terutama, Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Syed Sheh bin Syed Abdullah Shahabudin telah dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang pada 31 Ogos 1967. Beliau dilahirkan pada 10 Mac 1910 dan mendapat pendidikan di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Allahyarham telah berkahwin dengan Tunku Habsah binti Sultan Abdul Hamid.
Beliau telah menjawat beberapa jawatan semasa hayatnya. Antaranya seperti berikut :
Beliau telah berkhidmat dengan Kedah Civil Service; Penolong Penguasa Kastam-Kedah Utara; Penolong Pengarah Tanah, Kedah; Pegawai Daerah Baling, Kulim dan Kuala Muda; dan menjadi ADC kepada Allahyarham Sultan Abdul Hamid Halim Syah.
Di dalam perkhidmatan diplomatik pula Allahyarham telah dilantik menjadi Duta ke Thailand pada 1 Julai 1968, selepas itu dilantik pula menjadi Duta ke Jepun dan kemudiannya menjadi Pesuruhjaya tinggi ke United Kingdom dan Duta ke Republic Of Eire.
Pingat-pingat dan gelaran yang diterima oleh Allahyarham ialah Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kedah, Pingat Perkhidmatan Terpuji Kedah dan Pingat Panglima Mangku Negara (P. M. N.) daripada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong.
Baginda
kembali ke rahmatullah pada 31 Januari 1969. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al
Fatihah.
Laman Utama |
Fakta |
Panorama |
Penghargaan
© Aimeyz™ 2003. Hak Cipta Terpelihara.