http://aimeyz.tripod.com                                          Pengasas SMSTSSS

 

Pengasas sekolah ini ialah Tuan Haji Harun bin Hassan. Tuan Haji Harun Hassan dilahirkan di Parit Buntar pada tahun 1939. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Parit Buntar.

Selepas mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, beliau berkhidmat sebagai guru di beberapa buah sekolah di Perak dan Pulau Pinang. Pada tahun 1968, beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya. Selepas tamat pengajiannya di Universiti Malaya, beliau ditugaskan mengajar di Sekolah Menengah Seri Muda Penaga.

Pada tahun 1976, Tuan Haji Harun bin Hassan dilantik sebagai penyelia dan dipertanggungjawabkan untuk mengasas serta menubuhkan Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (pada masa itu dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang). Dengan bantuan dan kerjasama guru-guru dan kakitangan yang ada pada masa itu, beliau bertungkus-lumus siang dan malam untuk merealisasikan cita-cita penubuhan sekolah ini sehinggalah tugasnya diambil alih oleh pengetua baru iaitu Encik Marmuji bin Koso pada bulan Februari 1974.

Pada masa sekarang, Tuan Haji Harun Hassan sedang menjawat jawatan Pengarah Pendidikan Terengganu. Di antara jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh beliau dalam bidang pendidikan ialah Pengetua Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur, Penolong Pengarah Unit Sekolah Berasrama Penuh, Pegawai Hal Ehwal Pelajar-pelajar Melayu di Kanada dan Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang.

 

 

Laman Utama   |   Fakta   |   Panorama   |   Penghargaan

                                                                                                                Info

 

 

                                                                                                                                                                © Aimeyz™ 2003. Hak Cipta Terpelihara.